Sunday, August 22, 2010
PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan . Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu terganggu .Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku madalah dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya .
DEFINISI DADAH
203901
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .
JENIS-JENIS DADAH
203947
Contoh : Candu,morfin,heroin dan kodein
~Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan .
Canabinoid
Contoh : Ganja ,hashish dan manjuana.
~Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus canabis Tetra Hydrocannibol (THC).
Stimulan
Contoh : Phetamine kokain
~Sejenis daun koko,paste koka,kokain freebase dan crack kokain .
Depreseo
Contoh : Methakualon,traquliser dan rohypnol
~Merupakan bahan perubatan ,ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat .
Halusinogen
Contoh : Lysergic acid,halluceno-genic mushroom,dietthylamide (LSD),trymethyltrp tamine (DMT) ,phenlyclidine(PCP) dan katamine .
~Merupakan dadah asli dan sintatik
~Mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak ,
Psikotrapik
Contoh : Methamphetamine,amphetamine,Methylene Dioxymetham Phetamine(MDMA),dan pil ecstasy (XTC) .
~Merupakan dadah yang bertindak balas dengan otak dan merangsang fizikal .
Inhalant
Contoh: Gam,ubat nyamuk ,minyak petrol,cat cair,thinner,cecair pemetik api,spray rambut,krim pencuci,marker pen,dan lain-lain.
~Tidak ditakrifkan sebagai dadah .
~Walau bagaimanapun, Inhalant mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya .
FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH
199308
Kurang didikan agama oleh ibu bapa
Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh .
Pengaruh rakan sebaya
Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.
Pemberontakan diri
Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti .
Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .
Gangguan Emosi
Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.
Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.
Bak kata pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna .
KESAN TERHADAP INDIVIDU
203683
Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah ,jenayah serta penipu.
~Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan memahami mereka dan memandang serong terhadap mereka .
~oleh itu, penagih dadah akan mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan perasaan mereka atau mencari keseronokan dari dadah tersebut .
Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
~Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada dalam dunia yang tidak wujud .
Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .
~Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah menjadi lebih kurus hari demi hari .
~Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah. Bulatan hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi hari .
Berubah menjadi panas baran ,pengsan dan kehilangan tenaga seks.
~Dadah akan mengubah sikap penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah.
Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .
KESAN KEPADA KELUARGA
*Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan pihak masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan keluarganya.
*Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang telah terjerumus dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang kekal dan berkesan disebabkan oleh mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada penagih.
*Rumah tangga menjadi porak peranda.
Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan mencetus pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi bercerai-berai.Sekiranya,pandangan yang berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain.
*Menghancurkan harapan ibu bapa.
Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau anggota keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak mudah mereka bangun.
*Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.
Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus merana.
KESAN TERHADAP NEGARA
203653
Kesan Kepada Ekonomi
Melibatkan kos penagihan dadah kepada masyarakat
- Kos penagihan
- kos kehilangan produktiviti
- tambahan kos perubatan
- lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah,pencegahan dan lain-lain.
Kesan Kepada Keselamatan
- Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh .
- Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat .
- Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
- Menjejaskan kesopanan.
Kesan Kepada Kesihatan
- Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling .
- Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat .
- Emosi akan terganggu.
Saturday, August 21, 2010
STATISTIK MENGENAI PENAGIH DADAH
203723
Laporan ini membentangkan statistik penagihan dadah yang dikesan di seluruh negara bagi bulan Januari 2009 yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI).
- Sepanjang bulan Januari 2009 seramai 844 penagih dadah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 50.84% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (1.717 orang).
- Mereka terdiri daripada 409 orang (48.46%) penagih baru,menurun sebanyak 48.16% berbanding 789 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang yang dikesan adalah seramai 435 orang (51.54%) menurun sebanyak 53.13% berbanding tahun lalu (928 orang ).
Jadual 1 : Perbandingan Penagih Yang Dikesan Bagi Januari 2009 Dan 2008
"> Carta 1 : Taburan Penagih Tertinggi Di 14 Buah Ibu Negeri Bagi Januari 2009
Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri, Johor Bahru merekodkan bilangan penagih yang tertinggi di kesan iaitu seramai 37 orang diikuti Ipoh (31), Wilayah Persekutuan kula Lumpur(30), Seremban (29), Alor Star (28) dan Kuching(16). (rujuk carta 1)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding dengan negeri-negeri lain iaitu seramai 130 orang, diikuti Pulau Pinang (101), Kedah (100), Perak (97) dan Kelantan (96). Berbanding dengan tahun lalu bagi tempoh yang sama bilangan penagih dikesan keseluruhannya menurun bagi semua negeri.
(Rujuk Jadual 3)
Jadual 3: Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Negeri Bagi Januari 2009 dan 2008LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH
203677
1)Kempen
~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.
2)Gaya hidup yang sihat
~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing
3)Pendidikan
~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi
4)Media massa
~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan
jelas
AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH
FATIA AMIRA BT RAMLI 198862
- AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
~Merupakan suatu akta bagi membuat peruntukkan yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan dan penggunaan candu.
~Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.
- AKTA PENAGIH DADAH ( RAWATAN DAN PEMULIHAN)1983 PINDAAN 1998
~Digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah
~Selain itu ia merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan terhadap penagih-penagih bagi memastikan mereka tidak mengulanginya lagi.
- AKTA DADAH BERBAHAYA ( LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
~Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang terhubung pengedaran dadah yang berbahaya.
- AKTA DADAH BERBAHAYA ( PERLUCUTAN HARTA) 1988
~Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan serta perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang mempunyai hubungan dengan kasalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
KESIMPULAN
199308
Kesimpulannya ,dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan selamanya.