Saturday, August 21, 2010

STATISTIK MENGENAI PENAGIH DADAH

SUMATHI A/P THIAHARAJAN
203723


Laporan ini membentangkan statistik penagihan dadah yang dikesan di seluruh negara bagi bulan Januari 2009 yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI).


  1. Sepanjang bulan Januari 2009 seramai 844 penagih dadah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 50.84% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (1.717 orang).



  2. Mereka terdiri daripada 409 orang (48.46%) penagih baru,menurun sebanyak 48.16% berbanding 789 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang yang dikesan adalah seramai 435 orang (51.54%) menurun sebanyak 53.13% berbanding tahun lalu (928 orang ).



Jadual 1 : Perbandingan Penagih Yang Dikesan Bagi Januari 2009 Dan 2008


"> Carta 1 : Taburan Penagih Tertinggi Di 14 Buah Ibu Negeri Bagi Januari 2009






Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri, Johor Bahru merekodkan bilangan penagih yang tertinggi di kesan iaitu seramai 37 orang diikuti Ipoh (31), Wilayah Persekutuan kula Lumpur(30), Seremban (29), Alor Star (28) dan Kuching(16). (rujuk carta 1)



Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding dengan negeri-negeri lain iaitu seramai 130 orang, diikuti Pulau Pinang (101), Kedah (100), Perak (97) dan Kelantan (96). Berbanding dengan tahun lalu bagi tempoh yang sama bilangan penagih dikesan keseluruhannya menurun bagi semua negeri.


(Rujuk Jadual 3)

Jadual 3: Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Negeri Bagi Januari 2009 dan 2008




1 comment: